Sabtu, 18 Februari 2012

Tempe Stick by Mr. Tempe..

Korang suka tak makan tempe??? aku suka.. nak lagi di cicah dengan sambal kicap, perghhhh!!! nak dijadikan cerita, last week aku pergi melawat in law kat PD. untuk minum petang, depa gorenglah nugget n tempe stick ni. memula aku ingatkan jejari nugget ayam ke. rupanya tempe uolls.. wah, khelassss kan.


close up

disebabkan peminat setia maka aku pun mintaklah en. hubby bawakkan kat tempat tempe stick ni di jual.. tu diaaa, borong pai 2 peket tak henggat. yelah, jauh katanya kannn. tempe ni sedap jugak di makan dengan sos cili. tapi untuk orang yang tak suka sos² segala macam aku ni, makan kosong pun dah sedap. lepas tu, dia ada rasa macam pedas² sket tau tempe nih. la ni, almost everyday aku goreng tempe ni buat dinner.. hihi. beberapa hari lepas tergerak hati nak belek peket ni, nak ler tengok kilang dia kat manakannn, rupanya sepelaung jer dari rumah aku ni ha.. kat bukit dukung, kajang jer uolls... gigih mak pegi beli jejauh. ok, buat warga PD or sesapa yg tetiba tersesat ke PD or sesapa yang bercuti dok kat mana² apartment kat PD tu yang stok masak sendiri tetiba teringin nak makan tempe, aku beli tempe stick ni kat pasaraya TF tau.. alah, dia dekat area mc donald yang baru tu.. yang area dia tambak laut tu.. (ecececeh, explain macamkan tau.. hahah, aku pun orang yang bawak ke situ) eh, tapi betullah..

rupa tempe stick lepas di goreng ranggup uollss..

Jumaat, 17 Februari 2012

Jagung Manis.. Adik Manis..


hahaha.. jangan terpedaya, tu eksyen jer tu. takkan ler budak baru 5 bulan ni aku nak bagi makan jagung. eh, tapi nampaknya macam dia suka. bila di sua, dia jilat² jagung tu pastu tersengih².. happy benor lagaknya. sebenarnya jagung ni adalah peberet aku.. sangat!!! kalau pasar tani kat putrajaya ni, gerai jual jagung peberet adalah JAZ CORN.. eh eh, harini ada pasar tani la.. kalu ada peluang harus terjah, minggu ni belum makan jagung lagi... :)

** mungkinkah kuah akan tumpah ke nasi??? huhuhu...

Selasa, 14 Februari 2012

Ku Bermohon Kasih...

sekali sekala layan lagu lama, masyuk jugakkan... :)


Rabu, 8 Februari 2012

Starbucks Card...


baru nak register.. ni sume, mr. hubby la sibuk suh pakai kad bagai.. siap suruh ambil latest design lagi.. huh, semak purse jek.. kelas kau jah, nak minum gesek kad jer kekdahnya..

semangat kannn, ko tengok amaun dlm kad tu.. ni kalu kad hilang.. merempan aku sebulan!!! eh, register nanti dpt free 1 minuman kann... plus, bulan february adalah bulan birthday say

a... so harus terjah starbucks ni kot² dpt 1 slice kek ke kannn, jadik lerrr.... hihihi..

Hafalan Shalat Delisa.. (T_T)

siapa dah tengok cerita ni angkat tangan!!!! bestkannn... sedih bangat!!! aku mmg minat nirina zubir!!! dari haritu tangan gatal nak melanggan kat astro first. sekali balik jb, memang upacara wajib memborong dvd la kannn.. aku punya jer dah 3, ye... tak bleh tamak sebab before pregnant punya pun tak habis tonton lagi. masa tu yang aku pilih semua cerita seremmmm.. yelah, sepanjang preggy mr. hubby tak bagi tengok cerita seremmm.. waima iklan sekalipun.. so, cengkonon pas deliver nak la tonton.. sudahnya sampai la ni tak tengok².. kali ni pun pilih jugak cerita seremmm.. siap tanya penjual tu, ni serem betul ke serem suam² kuku. kalu serem suam² kuku aku takmo gitu.. hahaha.. over!!! padahal, penakut.. kalini dvd yang terpilih adalah : puss in boots, hafalan shalat delisa dan al hijab.. sape tak tengok HSD tu, tengoklah ek.. recommended sgt²!! sure meleleh, unless korang keras hati.. hihi~ aku bagi 5 bintang!!!


ni aku sertakan skali lirik ost filem ni.. sedih wooo!!!

KASIH IBU
lembut ku kenang, kasihmu ibu
di dalam hati, ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih, seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku
9 bulan ku dalam rahim mu
bersusah payah oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah, tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatiku...
tiada ku mampu membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu, tak henti ku harapkan doamu... 2x
mengalir di setiap nafasku... 2x
ibuuuuu...
lembut ku kenang, kasihmu ibu
di dalam hati, ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih, seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku
indah bercanda oh denganmu ibu
di dalam hati, ku kini selalu merindu
sakit dan lelah, tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu
tiada ku mampu membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu, tak henti ku harapkan doamu... 2x
mengalir di setiap nafasku... 2x
ibuuuuu...