Selasa, 13 Disember 2011

Perkongsian Ilmu : Biarkan Anak Menangis, Tinggal Kesan Negatif


Sama2lah kita berkongsi ilmu ni ye..

Pakar sains pakar sains menjumpai kandungan hormon cortisol atau lebih dikenali sebagai hormon stress yang tinggi di dalam kandungan air liur bayi yang sering dibiarkan menangis. Pelbagai kesan telah dikenal pasti sekiranya perkara ini berlaku iaitu :

1. Sering lupa dan boleh menjadi gila sekiranya semakin parah.

2. hormon ini merosakkan sambungan saraf yang berfungsi membentuk otak bayi.

3. apabila otak bayi menerima stimulasi berlebihan terhadap stress dan apabila otak yang menerima input fizikal dan emosi diabaikan (iaitu dengan membiarkan bayi menangis sendirian berulang kali), bayi berpotensi menghadapi Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD) 10 kali ganda berbanding bayi biasa.

4. Kajian juga mendapati kesihatan intelektual dan sosial bayi tidak berkembang dengan sihat.

5. Ahli neurobiology pula mendapati hormon ini dapat mempengaruhi perkembangan IQ dan EQ bayi.

6. Dr. Rao dan rakan-rakannya di National Institutes of Health membuktikan bayi yang menangis berpanjangan bukan disebabkan kolik di dalam 3 bulan pertama, mempunyai tahap IQ 9 mata kurang berbanding kanak-kanak lain pada usia 5 tahun. Mereka juga mempunyai tahap perkembangan sistem motor yang lemah.

7. Para pengkaji di Pennsylvania State dan Arizona State Universities mendapati bayi seperti ini sukar mengawal emosi dan semakin sukar untuk dipujuk semasa berusia 10 bulan.

8. Bayi yang dibiarkan menangis dan tidak diberi perhatian juga akan mengalami panik dan berasa tidak selamat menyebabkan mereka tidak boleh dibiarkan sendirian dan lambat untuk berdikari.

9. bayi yang menangis berterusan meningkatkan tekanan darah dalam otak, menghalang aliran darah dari otak dan mengurangkan kandungan oksigen ke otak.

10. Bayi yang dibiarkan menangis akan berhenti menangis dan akan menjadi semakin kurang menangis bukan kerana dilatih tetapi kerana mula berputus asa dengan ibu bapa sendiri.

11. Kajian juga menunjukkan tekanan darah dan degupan jantung bayi mungkin ke tahap maksima dan menyebabkan sawan/sawan tangis atau kolik yang turut dikenali sebagai kembung perut

12. Sikap bayi akan turut terpengaruh dengan :

a. Sukar mendengar kata
b. Terasa diabaikan
c. Menjadi pemarah
d. Menjadi stress dan trauma
e. Tidak tahu menunjukkan atau memberitahu emosi sebenar
f. Rasa tidak selamat dan mudah resah walaupun dengan kehadiran ibu bapa.

sumber : hati berbunga
mohon kongsi ye tuan punya belog.. tQ

4 jiran tetangga:

ayang berkata...

betul kot sbb no.12 tu semua ada kt nasrul
a. sah2 mmg xmo terima apa aku kata, kata dia jek betul.

b. jap2 melalak minta peluk "mama polok mama polok"

c. baran je keje. kdg tu mainan tetiba dok campak2 kedinding pai hancur.

d. dah baling pai hancur tu maknanya nak ilang stress la tuh.

e. dah melalak jek xtentu hala xtau la emosi dia cam ne.

f. menempek jek kt mama dia pai mama dia naik pening.. pantang xde kelibat mama dia mula rasa xtentu arah..

bkn aku biarkan dia melalak.. dah dia mmg sawan tangis.. pening wei. benti pai dekat umo stahun tuh. la ni dh menjadi balik dah kejaan melalak dia tuh..

umilia berkata...

tu lg satu..klu biar nangis lame sgt leh bwk penyakit..ade peg aku anak dia cmtula..suke nangis..dia mls nak layan dia biar je..pstu anak dia asik sakit je..bwk hosp pakar peg aku tu kene marah..sbb klu lmbt bwk leh jd lg buruk..aku lupe sakit ape bdk tu kene..tp punca nye nangis kerap n dibiar..efek kat perut tak silap aku..

~aSHa~ berkata...

perkongsian yg bagus ni....nanti nak mintak copy jugak la yerk?

aiDieNa berkata...

Anak akak yang kedua mmg hantu jerit ngan nangis.. pening!!